Awas! Hindarkan daripada Skim Pelaburan / Skim Cepat Kaya
Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. baru-baru ini mendapat laporan bahawa ada skim pelaburan yang dijalankan atas nama Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. dengan cara membayar sejumlah wang dengan jaminan akan mendapat sejumlah bonus dalam jangka masa tertentu.
Syarikat ingin menegaskan bahawa skim tersebut tidak mendapat tauliah atau kelulusan syarikat dan dengan itu adalah tidak sah bahkan menyalahi undang-undang.
Syarikat telah pun bersemuka dan meminta penjelasan daripada pihak yang terlibat dan seterusnya mencapai kata putus bahawa skim seperti ini tidak wajar diteruskan atas nama apa sekalipun. Pihak syarikat juga mendapat komitmen daripada pihak berkenaan agar semua wang yang diterima daripada para 'pelabur' dipulangkan segera.
Syarikat sekali lagi dengan tegas dan tanpa kompromi menolak sebarang bentuk perniagaan, pelaburan, skim cepat kaya yang mengelirukan serta tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa kerana berleluasanya kegiatan ini sangat merugikan pengguna serta memberi tanggapan dan gambaran negatif kepada semua syarikat jualan langsung.
Marilah kita bersama menjaga etika perniagaan MLM serta mematuhi Akta Jualan Langsung ke arah mewujudkan suasana jualan langsung yang bersih serta benar-benar membantu dalam membina ekonomi ummah dan negara yang lebih kukuh, Insya Allah.
Wallahu a'lam.

Tuesday 19 January 2010
SMART KIDS HONEY BLEND
Campuran madu asli, ekstrak kismis, ekstrak kurma, habbatus sauda', ginkgo biloba dan badam. Mengandungi anti oksidan dan sejumlah galian, vitamin dan asid amino yang membantu membekalkan tenaga dan menyumbangkan oksigen kepada sel otak serta nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
RM 64.90 (S/M)
RM 69.90 (S/S)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment